Jam 8.30 pagi, saya bersama dengan seorang rakan dipanggil ke bilik pengetua atas kes kecil yang dilakukan.. Perasaan ketika itu bercampur baur antara cuak, takut, taknak jumpa, dan selamba jerk..
Tetapi saya dan rakan (nama dirahsiakan) tetap mengaga kan diri untuk melangkah masuk ke bilik pengetua.. dengan lafaz bismillah.. kaki kanan melangkah masuk dengan selamba.
"pengetua ade?" tnya saya kepada kerani yang menjaga di situ..
"sila tunggu dalam bilik pengetua, dia hal sikit." jawabnya..
Selang beberapa minit, pengetua masuk dengan wajah ceria.. "ada ape nih..?" Dia terus menanya, tanda ingin tahu apakah hajat kami ke situ..
Terus kami berbicara tentang jamuan, tangki, kereta, wang bajet RM100, guru-guru sehingga masa berjalan pantas pun tidak kami sedari langsung...
Tetapi apa yang ingin dikongsi bersama di sini, saya agak terkesan dengan perkataan pengetua bila kami tanya mengenai kekuatan guru dan warden sekarang.. dan akhirnya, ini yang beliau katakan..
"susah sekarang nak cari orang yang dalam satu masa dia tegas, ade ciri pendidik (murabbi) dan disayangi orang semua pelajar..."
Pap.... saya rasa, tegas itu ade.. pendidik itu ade... tapi yang disayangi itu tiada..
Memang susah bila kita sebagai seorang manusia yang kerdil nak disayangi oleh orang ramai. Sehinggakan saya teringat kisah lucu di sekolah itu bila mana pelajarnya mengutip tanda tangan semua pelajar semata-mata ingin mengatakan hasrat bahawa "KAMI TAK SAYANG DIA!!!" , "Hentikan kontrak dia!!"
Lebih mengecewakan saya bila seseorang guru tu ade tegas sahaja, dan pendidik tiada.. disayangi pun tidak.. Hinggakan saya berfikir, ke mana lagi sekolah ni akan dibawa..?
Fikir-fikirkan antara tegas, pendidik, dan disayangi.. semua elemen ini penting dalam menjadi murabbi yang sukses.
p/s : saya tidak ingin menulis panjang kerana tahu pembaca akan cepat bosan.. tetapi saya tetap yakin yang cerita itu bukan setakat itu sahaja, malah panjang lagi jika ingin diolah..
Sesiapa yang nak tahu cerita panjangnya.. jom kita sambung diruangan komen @ respon dibawah !!!
Nuffnang 336 sini
6 komen:
Ia memang sukar... naum ia perkara yang xmustahil, bergantung pada usaha yang dicurahkan diiringi dengan ilmu, kesabaran, ketajaman minda serta kebijaksanaan dalam setiap situasi dan keadaan berserta taufiq dari ALLAH... Best Teacher Motivates !!!
sgt bermakna kata2 pengetua itu... like.....
Kalau niat guru tu memang ingin mendidik, InsyaAllah dia akan ada ketiga tiga nya. Bukan nak puji Mama sendiri ke apa. Tapi, Mama Shag memang tegas. Bukan Shag yg cakap tapi kawan2 Shag dan anak murid Mama yg lain. Dan dia jugak pendidik. Mana pernah ponteng kelas. Kalau relief class pun, dia akan mengajar sedikit. tak pun kongsi ilmu. Dan, ternyata lah dia di sayangi ramai sebab selalu mendapat hadiah paling banyak bila tiba hari guru. Cita cita Shag nak jadi macam Mama atau mungkin lebih baik dari Mama ;)
good info..please jana traffic skit kat blog sya..muaz..tq
good info..please jana traffic skit kat blog sya..muaz..tq
tak pernah berpeluang walau sekali masuk bilik pengetua selama lebih 11tahun belajar. sedih woo.
Post a Comment