Iklan 728 sini

keywords

Pemberitahuan: Pertandingan Menulis Surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak

Blog Perkongsian

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.

Bagi yang gemar menulis blog, artikel malah surat.

Di sini, ada berita gembira untuk anda semua. Satu pertandingan menulis surat telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi hasrat dan keinginan anda untuk menyampaikan surat kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak

Cepat sebelum 19 Febuari 2010..! Keterangan lanjut - klik link di bawah;


Terma dan Syarat
Borang Penyertaan
Poster (HD)



Di sini disertakan maklumat pertandingan bagi yang betul-betul berminat dengan pertandingan menulis surat.

1. Anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Pertandingan ini dibuka dari 29 Disember 2009 hingga 19 Februari 2010.

3. Penyertaan adalah hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja

4. Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu:

”Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia”

Surat anda perlu dimulakan dengan:

“Ke hadapan YAB Perdana Menteri, …………..”

dan surat tersebut perlu berakhir dengan tandatangan anda.

Surat yang ditulis mestilah mengandungi 300-500 patah perkataan.

Kelayakan Bertanding :


1. Pertandingan menulis surat ini terbuka kepada para pelajar sekolah rendah (Kategori A) dan menengah (Kategori B) di seluruh Malaysia.

2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.

Terma dan Syarat Pertandingan 

Sebarang lanjutan daripada pertandingan ini.. boleh lah ke laman web berikut;
www.skmm.gov.my atau www.pos.com.my




Iklan Sebentar
http://www.emailcashpro.com
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
You read your mails everyday, why not read a few more?
Give it a try, it is free anyway.



Nuffnang 336 sini

2 komen:

Anonymous said...

PERIHAL PENGETUA SBT BODEK PM SATU MALAYSIA - harakahdaily

Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.

Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat satu Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan 'outing' (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).

Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.

Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat satu Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?

Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.

Pengetua pun janganlah hendak jadi 'kaki bodek' dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.

Ibu pelajar SBT


KAH KAH KAH...

woit.... KANTOI...kah kah kah..

woit... MULA MULA... TAK BANYAK SURAT SAMPAI.... kah kah kah..

kah kah kah.... KAKI BODEK CADANGANKAN PANJANG KAN LAGI MASA... kah kah kah...

kah kah kah... TAK ADA JUGA SURAT SAMPAI... kah kah kah..

kah kah kah... AKHIRNYA KAKI BODEK PAKSA PELAJAR TULIS SURAT... kah kah kah...

woit.... SEKARANG SUDAH KANTOI..... kah kah kah...

woit... INI SEMUA PROJEK TIPU MELAYU... kah kah kah

Muaz Faris said...

betul juga..

terima kasih kerna komen di sini.

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger